Friday, June 1, 2012

Bila Momon 'ber-yogurt'

Share

yogurt?? 
yogurt ke yoga?



kahkahkah...ada ke yogurt. 

Yogurt tu merupakan produk tenusu yang dihasilkan oleh bakteria penapaian susu. 

[Okeh tak payah nak Wikipedia sangat...bukan paham pon budak Mon nih]


Mon...yogurt tu makanan lah yang rasa dia masam-masam macam susu basi tuu. Tulah eksen sangat yoga konon sebut pon salah huakakakakaka...



eh! Mon...Mon...mana budak Mon nih?










alaa....kuar la Mon..
oklah yogurt pon yogurt lah...Mon keluar ehh





ha'ah yogurt.. *tangan ke dada mata ke atas
ces! dasar tak mahu menerima kesalahan  >,<

suka?

Thursday, May 31, 2012

Kurang asam takpe jangan kuang hasam!!

Share










apsal anak-anak haku ni kuang hasam kuang hasam belaka?!! 
>,<

suka?

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday : Puteh

Share

muka dah macam penyamon huhh!

suka?

Wordless Wednesday : Oneng mamam

Share
video



mummy sukeh =D

suka?

Tuesday, May 29, 2012

Jangkitan kuman yang menyebabkan kucing berak berdarah.

Share
Assalammualaikum.



Kehilangan Oteh dan Oneng yang masih dalam proses penyembuhan memberi satu pengajaran yang berharga buat saya dan ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan semua.




Empat beradik ni memang dari kecil dulu macam tak berapa sihat kalau sakit tu empat-empat ekor sekali sakit, badan memasing pon kurus memanjang jer risau betul. Kejadian baru ni demam berjangkit dari si Omot ke Omel dan berakhir dengan Oneng dan Oteh. Alhamdulillah si Omel dan Omot sembuh. Si Oteh dan Oneng sebaliknya melarat daripada demam, muntah dan kemudian berak cair bercampur darah.


Menurut kata Vet berak bercampur darah ni selalunya terjadi pada anak kucing yang berumur 6 bulan ke bawah. Kucing dewasa jarang kena sebab dah imun. Bermula dengan berak cair kemudian najisnya bercampur darah. Paling teruk usus anak kucing boleh jadik transparent dan nipis sebab kuman tu akan musnahkan dinding usus sebab tulah ada darah pada najis kucing kerana berlaku pendarahan dalam usus. Badan akan mula kurus sebab hilang selera makan, dehydrated dan boleh menyebabkan kematian.


Penyebabnya berpunca daripada jangkitan kuman yang hidup dalam usus anak kucing. Jangkitan tu biasanya daripada najis si ibu. Tapi yang peliknya bebudak nonet ni dah lama terpisah dari ibunya jadi camana dia dapat jangkitan tu ekk...hurmm mungkin sebab ada jejebon yang menumpang poo kat litter tray bebudak nonet kot. Tapi kata Vet penyakit ni juga boleh disebabkan oleh makanan yg telah dicemari oleh lipas atau lalat. Kerana lipas dan lalat ni boleh menjadi pembawa kepada penyakit tersebut .


Yelah kengkadang makanan dlm bowl dorang tu kan sentiasa ada jadi mungkin cik lalat atau cik lipas dah hinggap kat situ kan. So mungkin salah satu tulah puncanya. Jadi lepas ni memang TAK BOLEH sentiasa ada makanan kat dlm bowl dan bebudak jebon juga DILARANG KERAS untuk menggunakan litter tray bebudak nonet.


budak ni dah semakin pulih, alhamdulillah....




p/s: terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang bermurah hati berdoa untuk 'anak-anak' saya dan turut berkongsi kesedihan dan memberi kata-kata semangat untuk saya. semoga perkongsian ini mendapat manfaatnya buat rakan-rakan semua. Salam kasih sayang dari saya untuk semua ^_^

suka?

Monday, May 28, 2012

Oteh dah tiada. Oneng masih bertahan..

Share







insya'Allah sayang.....


semalam pagi masa bagi Oteh makan saya perasan badan Oteh sejuk sangat. tengahari tu Oteh terbaring lesu tak bermaya. bila saya panggil namanya Oteh cuma menggerak-gerakkan mata. saya cakap pada Oteh.. "Oteh nak pergi, pergi la sayang...mummy sayang Oteh sangat-sangat" kata saya sambil mengusap Oteh. Saya bacakan Al-Fatihah tiga kali dan saya hembuskan pada Oteh, "semoga dipermudahkan untuk kamu sayang..sesungguhkan kamu suci dan tiada dosa"doa saya untuk Oteh kerana saya tahu masa Oteh sudah hampir tiba.


Dalam pukul 3 lebih hampir ke pukul 4 petang tu saya lihat Oteh masih terbaring di situ. saya sentuh Oteh dan ketika itu saya sedar Oteh baru saja pergi..inna lillahi wa inna ilayhi raji'un... Saya panggil mak. Air mata kami mengalir bersama. Mak di sisi menenangkan saya, abah membantu saya menguburkan Oteh.  Oteh pergi dalam keadaan tenang, tiada tanda dia kesakitan dan Oteh pergi dalam keadaan bersih tanpa sebarang kotoran. Oteh kelihatan tenang seperti sedang lena tidur, syukur alhamdulillah....




:: gambar terakhir Oteh dalam simpanan saya ::





Selamat tinggal sayang, semoga kamu tenang di sana.


suka?

Friday, May 25, 2012

Mohon doa rakan-rakan untuk Oneng dan Oteh saya

Share





suka?